Saturday 29 June 2013

Home » » Words Of Shame. Permainan Keluargaku!

Words Of Shame. Permainan Keluargaku!

Words of Shame

Words Of Shame. Permainan Keluargaku! | Kacang Antoo - Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai permainan ini. Dan mungkin juga ianya di kenali dengan nama lain. Tapi dalam keluarga Jack, permainan ini dinamakan 'Words of Shame' atau dalam bahasa melayunya, 'perkataan yang memalukan'. Ala ibarat sama seperti 'Walk of Fame' di Hollywood la tapi ianya tiada kaitan langsung dengan jalan mahupun kemasyuran sebaliknya berkaitan pula dengan perkataan dan perkara yang memalukan.

Game'nya agak simple. Anda hanya memerlukan sebatang pen marker dan sehelai kertas. Jack syorkan guna kertas mahjong sebab lebih besar saiz kertasnya - jadi banyak perkataan leh ditulis. Itu sahaja!. Cara permainannya pula, anda hanya perlu menulis perkataan yang ahli keluarga salah sebut atau tersasul. Jikalau Jack la, selalunya Jack akan tulis nama orang tu, perkataan yang tersalah sebut dan perkataan yang sepatutnya di sebut. Jika rajin, anda boleh letakkan sekali tarikhnya. Tapi jika rajinlah. 

Permainan ini adalah untuk long-term. Jadi semakin lama bermain, semakin banyaklah perkataan yang akan tersenarai dan ianya akan menjadi semakin kelakar. So bila anda bosan-bosan anda boleh melihat senarai tersebut dan Jack yakin anda akan tergelak sendiri.

Berikut adalah beberapa perkataan yang ada di senarai 'Words of Shame' keluarga Jack. Sila gelak ramai-ramai.

1. Mc Donalds - Mc Doni (mungkin nama baru McD di Jawa.. Sepupu salah sebut)
2. Sheila On 7 - Sheila On Majid (keliru antara SO7 dengan Sheila Majid kot?.. Ayahanda salah sebut)
3. Sendawa - Senyawa (haha--ini salah Jack sendiri.. )
4. Sarapan - Sapapan (nak bagi makan papan semasa sarapan ke ni?.. Adik salah sebut)
5. Cicak Tokek - Cicak Kotek (lain macam jer bunyinya... Adik salah sebut)

Jadi inilah permainan keluarga Jack. Tak perlu keluarkan wang yang banyak untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Kadang-kala perkara simple itulah yang lebih bermakna. Betul tak?

Apa pula permainan keluarga anda?

0 comments:

Post a Comment

Catatan: (memasukan item pada ruang komen)
Untuk memasukkan video, gunakan tag <i rel="youtube">URL YOUTUBE ANDA...</i>
Untuk memasukkan gambar, gunakan tag <i rel="image">URL GAMBAR ANDA...</i>
Untuk memasukkan kod, gunakan tag <i rel="code">KODE ANDA...</i>
Untuk memasukkan kod panjang, gunakan tag <i rel="pre">KODE ANDA...</i>
Untuk memasukkan judul, gunakan tag <b rel="h3">JUDUL ANDA...</b>
Untuk memasukkan catatan, gunakan tag <b rel="quote">CATATAN ANDA...</b>
Untuk efek huruf tebal, gunakan tag <strong>TEKS ANDA...</strong>
Untuk efek huruf senget, gunakan tag <em>TEKS ANDA...</em>

P/S: Pautan/Link hidup akan dihapuskan secara automatik.

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala komen yang diberikan oleh pembaca blog ini. Harap Maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Our Network : Chiqaboo Network | Selebrita
Copyright © 2013. Kacang Antoo - All Rights Reserved
Ping: