Wednesday 12 June 2013

Home » » Komik Pertama Untuk Orang Buta

Komik Pertama Untuk Orang Buta

Komik Pertama Untuk Orang Buta

Komik Pertama Untuk Orang Buta | Kacang Antoo - Bayangkan sewaktu anda tengah syok membaca komik tiba-tiba setiap helaian komik tersebut bertukar menjadi kertas putih dan kosong..kosong (mcm lagu Najwa Latif pula). Bukankah itu mendukacitakan?

Tapi apa yang lebih mendukacitakan adalah nasib golongan buta atau cacat penglihatan yang langsung tidak pernah membaca komik. Biarpun sistem penulisan Braille telah dicipta pada kurun ke-19 untuk membantu golongan ini membaca namun untuk menghasilkan sesuatu yang menyerupai komik amatlah sukar kerana melibatkan banyak visual dalam penceritaannya. Menyedari masalah itu, Phillipp Meyer, seorang pereka telah menghasilkan sebuah komik khas untuk golongan tersebut.

Dengan menggunakan sistem yang menyerupai sistem Braille, Phillipp berjaya menghasilkan komik bertajuk "Life". Komik ini bertemakan kekeluargaan, dimana berkisahkan putaran kehidupan dua watak utama selaku kekasih, suami-isteri dan ibubapa. Namun ini bukan seperti komik biasa, Life tidak mempunyai sebarang dialog, tiada warna dan setiap watak di dalam komik di digambarkan dengan satu bulatan ringkas.

Mungkin dengan adanya usaha seperti Phillipp Meyer, tidak mustahil di masa hadapan komik akan boleh dibaca oleh semua golongan. InsyaAllah.

Contoh Komik Untuk Orang Buta


0 comments:

Post a Comment

Catatan: (memasukan item pada ruang komen)
Untuk memasukkan video, gunakan tag <i rel="youtube">URL YOUTUBE ANDA...</i>
Untuk memasukkan gambar, gunakan tag <i rel="image">URL GAMBAR ANDA...</i>
Untuk memasukkan kod, gunakan tag <i rel="code">KODE ANDA...</i>
Untuk memasukkan kod panjang, gunakan tag <i rel="pre">KODE ANDA...</i>
Untuk memasukkan judul, gunakan tag <b rel="h3">JUDUL ANDA...</b>
Untuk memasukkan catatan, gunakan tag <b rel="quote">CATATAN ANDA...</b>
Untuk efek huruf tebal, gunakan tag <strong>TEKS ANDA...</strong>
Untuk efek huruf senget, gunakan tag <em>TEKS ANDA...</em>

P/S: Pautan/Link hidup akan dihapuskan secara automatik.

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala komen yang diberikan oleh pembaca blog ini. Harap Maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Our Network : Chiqaboo Network | Selebrita
Copyright © 2013. Kacang Antoo - All Rights Reserved
Ping: