Saturday 29 June 2013


Words Of Shame. Permainan Keluargaku!

Words of Shame

Words Of Shame. Permainan Keluargaku! | Kacang Antoo - Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai permainan ini. Dan mungkin juga ianya di kenali dengan nama lain. Tapi dalam keluarga Jack, permainan ini dinamakan 'Words of Shame' atau dalam bahasa melayunya, 'perkataan yang memalukan'. Ala ibarat sama seperti 'Walk of Fame' di Hollywood la tapi ianya tiada kaitan langsung dengan jalan mahupun kemasyuran sebaliknya berkaitan pula dengan perkataan dan perkara yang memalukan.

Game'nya agak simple. Anda hanya memerlukan sebatang pen marker dan sehelai kertas. Jack syorkan guna kertas mahjong sebab lebih besar saiz kertasnya - jadi banyak perkataan leh ditulis. Itu sahaja!. Cara permainannya pula, anda hanya perlu menulis perkataan yang ahli keluarga salah sebut atau tersasul. Jikalau Jack la, selalunya Jack akan tulis nama orang tu, perkataan yang tersalah sebut dan perkataan yang sepatutnya di sebut. Jika rajin, anda boleh letakkan sekali tarikhnya. Tapi jika rajinlah. 


Thursday 13 June 2013


Awas! Pembunuh Bersiri Guna Facebook Cari Mangsa

Awas! Pembunuh Bersiri Guna Facebook Cari Mangsa

Awas! Pembunuh Bersiri Guna Facebook Cari Mangsa | Kacang Antoo - Indonesia, seorang lelaki bernama Wisnu Sadewa (31) ditangkap pada April lalu kerana dipercayai membunuh dua orang gadis. Mangsa tersebut adalah Rusyada Nabila (16) dan Nefrida Yanti (23), suspek mengakui mengenali mereka dari laman sosial Facebook.

Menurut pihak polis, suspek memiliki tujuh akaun palsu yang menggunakan identiti wanita berbeza. Selain itu,  pihak polis tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa mungkin bertambah apabila terdapat lapan lagi laporan kehilangan anggota keluarga.



Quiz #1: Mana Hilangnya Seluar Dalam Superman?

Quiz #1: Mana Hilangnya Seluar Dalam Superman? | Kacang Antoo - Sudah bersiap sedia untuk menonton filem Superman, Man of Steel hari ini? Bagi menambah keterujaann u'all, apa kata pakat-pakat jawab quiz di bawah.

Jika anda ada menonton trailer ataupun melihat gambar-gambar yang di ambil daripada filem Man of Steel, pasti anda akan perasaan bahawa watak Superman kali ini tidak memakai seluar dalam merahnya yang sudah menjadi identiti watak adiwira itu sejak dulu, selain simbol 'S' di dadanya. Jadi persoalannya, mana hilangnya seluar dalam Superman?

Superman tanpa spender merah



Tutorial Blogger: Buat Spoiler Versi Blur

Tutorial Blogger: Buat Spoiler Versi Blur | Kacang Antoo - Memiliki fungsi spoiler dalam sesebuah blog bagi Jack adalah sangat diperlukan terutama sekali jika anda yang inginkan sesuatu maklumat tersebut disembunyikan. Biarpun terdapat banyak tutorial spoiler di luar sana namun terdapat satu masalah yang Jack hadapi iaitu apabila Jack ingin meletakkan spoiler pada perkataan atau sebaris ayat dalam satu perenggan. Hasilnya kurang kemas. Bagi mengatasi masalah ini, Jack ingin berkongsi satu tutorial bagaimana anda boleh memiliki spoiler yang lebih kemas dan menarik.

Lihat contoh terlebih dahulu.

Spoiler

Teka-teki: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu). Lawak bukan? Hell No!

Ok tak?


Wednesday 12 June 2013


(Gambar) Bila Makcik Jaga Tandas Sudah Marah!

Bila Makcik Jaga Tandas Sudah Marah! | Kacang Antoo - Kebersihan tandas awam sememangnya satu isu yang perlu diambil perhatian oleh orang ramai. Perangai pengotor setengah rakyat Malaysia yang tidak tahu menjaga kebersihan akan mengganggu keselesaan pengguna lain dan yang pastinya akan menyusahkan makcik-makcik yang menjaga tandas tersebut. Ingat mereka adalah manusia. Mereka juga punyai sifat amarah dan apabila amarah itu tidak dapat dibendung lagi, maka lihat sahajalah dibawah.

Cara-cara menghancurkan tahi besaq

Nampak sangat tertekan! Siap berikan manual lagi. Ha Ha Ha



Komik Pertama Untuk Orang Buta

Komik Pertama Untuk Orang Buta

Komik Pertama Untuk Orang Buta | Kacang Antoo - Bayangkan sewaktu anda tengah syok membaca komik tiba-tiba setiap helaian komik tersebut bertukar menjadi kertas putih dan kosong..kosong (mcm lagu Najwa Latif pula). Bukankah itu mendukacitakan?

Tapi apa yang lebih mendukacitakan adalah nasib golongan buta atau cacat penglihatan yang langsung tidak pernah membaca komik. Biarpun sistem penulisan Braille telah dicipta pada kurun ke-19 untuk membantu golongan ini membaca namun untuk menghasilkan sesuatu yang menyerupai komik amatlah sukar kerana melibatkan banyak visual dalam penceritaannya. Menyedari masalah itu, Phillipp Meyer, seorang pereka telah menghasilkan sebuah komik khas untuk golongan tersebut.



Jabatan Pengangkutan Awam Britain Buat Video Nakal

Jabatan Pengangkutan Awam Britian Buat Video Nakal | Kacang Antoo - Demi nama kesedaran awam, sebuah jabatan kerajaan di Britian iaitu Jabatan Pengangutan Awam telah membuat sebuah video nakal yang digunakan sebagai iklan untuk mempromosikan keselamatan jalan raya. Aneh bukan? Dalam video tersebut memaparkan usikan nakal yang bagi Jack agak menakutkan, dikenakan kepada beberapa orang awam di tandas sebuah kelab hiburan.

Sebelum Jack teruskan lagi, ada baiknya anda menonton video ini dulu.




 
Our Network : Chiqaboo Network | Selebrita
Copyright © 2013. Kacang Antoo - All Rights Reserved
Ping: